Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Taqwa & Sifat Orang-Orang Yang Bertaqwa


Taqwa

(Al-Fath:26)
Maksudnya:
Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (syahadah); sedang mereka lebih berhak dengan taqwa itu dan menjadi ahlinya.

  • Makna taqwa itu ialah memelihara diri dari jatuh ke dalam perkara-perkara yang tidak diredhai Allah.
  • Makna orang yang taqwa ialah orang yang sentiasa memelihara diri dari perkara-perkara yang dilarang Allah dan sentiasa pula berada di dalam keredhaan Allah.

Sifat-Sifat Orang Bertaqwa

Di antara sifat-sifat orang yang bertaqwa ialah :

1. Ia suka membelanjakan (menderma) hartanya ke jalan Allah.

2. Selalu menahan marah dan mudah memaafkan jika dipohon.

3. Jika ia berbuat kejahatan lekas ia ingat akan Allah serta minta ampun kepadaNya. Sekali-kali ia tiada terus-menerus berada di dalam kejahatan itu.

4.  Ia takut kepada siksaan TuhanNya, sedangkan TuhanNya itu tidak kelihatan olehnya.

5. Ia penuh ketakutan kepada saat kiamat.

6. Ia datang kepada TuhanNya dengan membawa hati yang bertaubat.

7.   Jika mereka ditimpa musibah (bala) mereka terima dengan hati yang sabar dan iman yang teguh.

(Ibrahim:24)
Maksudnya:
Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Allah mengumpamakan kalimat yang baik, seperti sebatang pohon yang baik, pokoknya tetap (di bumi), sedang cabangnya (menjulang) ke langit.

No comments: