Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Islam bermula dengan syahadatain.



أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً رَّسُولُ الله
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu Utusan Allah.”
 
  • Syahadatain adalah merupakan asas yang terpenting sekali bagi tertegaknya Islam secara menyeluruh pada diri setiap manusia.

  • Islam tidak akan tertegak jika tidak ditegakkan empat rukun yang lain (solat, puasa, zakat dan haji) dan empat rukun tidak akan tertegak jika tidak sempurna syahadahnya bahkan tidak ada Islam sebelum adanya syahadah.
  • Menerima syahadatain adalah dengan serentak melalui lidah (taqrir), hati (tasdiq) dan anggota (amal).
  • Dalam menangani perkara syahadah ini bukanlah suatu hal yang boleh dipermainkan atau diperolok-olokkan kerana ia menilai seseorang itu samada Islam atau kafir.

No comments: