Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Kesempurnaan Syahadah

Syahadah

1. Ilmu dengan dalil

  • Seseorang yang bernama Muslim lagi Mukmin itu wajiblah mengetahui akan pengertian yang terkandung di dalam ‘dua kalimah syahadah’. Pengertian ini wajib diketahuinya sehingga membolehkan ia meyakini tentang dua kalimah syahadah yang dilafazkannya itu.
  • Oleh kerana syahadah merupakan asas agama maka kegagalannya memahami dan mengetahui akan pengertiannya itu bermakna tidak ada iman pada dirinya dan tiadalah amal di atasnya. Maka gugurlah gelaran Muslim dan Mukmin terhadap dirinya lantaran kejahilannya itu.

2. Diikrarkan dengan lidah

  • Kalimah Syahadah mesti dilafazkan.
  • Lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah.
  • Perkataan yang keluar dari lidah mereka sentiasa mendapat keredhaan Allah
  • Ianya menusuk ke setiap pelusuk jantung hati manusia dan menjadi penawar bagi hati yang hampir melupai Allah agar segera kembali kepada Tauhid yang hakiki.
  • Mereka tidak mensia-siakan lidah yang Allah kurniakan kepada mereka dengan menggunakan sebaik mungkin.
  •  Mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah pada Af’alNya, SifatNya dan ZatNya. 

3. Dibenarkan (tasdiq) dengan hati.

  • Hati membenarkan maksud yang terkandung dalam kalimah syahadah tersebut.
  • Begitulah juga dengan anggota tubuh badan yang lain mereka sentiasa merasai akan keagungan Tuhan Rabbul Jalil dan sentiasa berada dijalanNya lagi diredhaiNya.

4.   Yakin hati.

  • Hati merasa yakin tanpa zan atau syak akan kebenaran kalimah syahadah tersebut dengan sengaja.
  • Yakin hati pada setiap masa dan ketika.


No comments: