Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Hubungan Dengan Allah, manusia & Alam Sekitar


Hubungan Dengan Allah

  • Mengabdikan diri kepada Allah swt dengan beriman dan melakukan amal soleh mengikut syariat yang ditetapkan oleh agama melalui RasulNya.

[Al-An’am : 162]
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

  • Melaksanakan amanah Allah swt memelihara dan menegakkan agama Allah serta ajaran Allah swt. (Surah Al Ahzab: 72)

Hubungan Dengan Manusia

  • Bergaul dengan manusia berdasarkan had yang telah ditetapkan oleh Allah.
  • Menyebarkan Islam dengan berdakwah dan melaksanakan Islam mengikut perintah yang ditetapkan dalam agama.
  • Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri serta ahli keluarga daripada menerima azab neraka.

Hubungan Dengan Alam Sekitar

  • Sebagai khalifah Allah bertugas untuk memakmur, mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan hukum Allah.
  •  Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

No comments: