Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah & Kesannya

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

  1. Mensyirikkan / menyembah selain Allah. 
  2. Syak hati kepada Allah. 
  3. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan. 
  4. Menyangkal dirinya dijadikan Allah. 
  5. Bertawakal dan bergantung hidup kepada yang selain Allah. 
  6. Mempercayai ada kuasa lain selain daripada Allah boleh memberi kesan. 
  7. Tidak beriman dengan satu-satunya perkara dalam Al Quran atau hadis atau menafikan semua sekali. 
  8. Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. 
  9. Ingkar akan nikmat-nikmat Allah (menafikannya). 
  10. Biadap terhadap Rasulullah s.a.w. 
  11. Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam. 
  12. Iktikad bahawa tidak salah keluar dari syariat Islam. 
  13. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya sedangkan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya. 
  14. Menenung nasib dan bermain sihir. 
  15. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam. 
  16. Mengingkari hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan khuatir jika ianya dilaksanakan.

Kesan Terbatalnya Syahadah

  • Terbatal ikatan perkahwinan (suami isteri).
  • Menghilangkan hak mempusakai.
  • Menghilangkan hak perwalian.
  • Tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang Islam.
  • Menghilangkan hak keistimewaan orang Islam di dunia dan di akhirat.

No comments: