Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Ibadah & Syarat-Syarat Amalan/Pekerjaan Menjadi Ibadah


Ibadah

Bahasa : “Ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat.

Istilah Syara’ : “Ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah.


Pembahagian Ibadah

  • Ibadah Khusus
 Ia adalah merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam dan juga amalan yang seumpamanya seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.


  • Ibadah Umum
 Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.


Syarat - Syarat Pekerjaan / Amalan Menjadi Ibadah

Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.

2. Amalan yang dikerjakan itu selari dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dgn hukum-hukum tersebut.

3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik.

4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak orang.

5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya.

No comments: