Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, March 3, 2010

Rukun Nikah & Wali



-->
Rukun Nikah
Perkahwinan adalah sesuatu yang mulia. Ianya merupakan kaedah yang mulia dan bermaruah bagi menyatukan pasangan yang ingin hidup bersama dan mempunyai zuriat sendiri. Islam menggalakkan ummatnya agar mendirikan rumahtangga dan memperbanyakkan zuriat. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:
- Calon suami
- Calon isteri
- Wali
- Dua orang saksi
- Sighah ijab qabul
Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah.

Wali

Pengertian Wali Dan Tertibnya
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:
Firman Allah swt:
[232]Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak).
( Al-Baqarah : 232)
Dari hadith Nabi saw:
“Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
- Islam
- Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
- Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
- Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
- Adil
- Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.

Rujukan : http://www.islam.gov.my

No comments: