Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Monday, February 22, 2010

Hukum Berkahwin


Hukum berkahwin ada 4 kategori iaitu :

1. Wajib 2. Sunat 3. Makruh 4. Haram


Wajib
Seseorang yang yang tidak dapat mengawal hawa nafsunya walaupun setelah menahan diri dengan berpuasa dan beliau mengetahui dengan yakin bahawa sekiranya tidak melangsungkan perkahwinan maka dia pasti akan melakukan zina.


Sunat

Seseorang yang telah cukup syarat berkahwin dan tidak dikhuatiri akan terjebak dengan zina atau melakukan kerosakan yang lain terhadap bakal isterinya sekiranya dia berkahwin lewat atau pada bila-bila masa sahaja.


Makruh
Seseorang yang telah uzur seperti tua atau seseorang yang merasa ragu dan bimbang yang dia tidak dapat menunaikan hak serta tidak berlaku adil terhadap isterinya yang mana keraguan serta kebimbangan dia belum sampai kepada tahap yakin atau pasti.


Haram
Seseorang yang merasa yakin bahawa dia pasti akan melakukan kezaliman dengan mendatangkan kekerasan serta kecederaan terhadap isterinya atau dia yakin tidak akan berlaku adil kepada isternya dengan tidak menunaikan hak-hak dia sebagai suami.


No comments: