Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Monday, February 22, 2010

Erti Sebuah Perkahwinan


-->
Perkahwinan dalam Islam bermaksud suatu ikatan yang termeterai di antara pasangan lelaki dan perempuan melalui lafaz aqad ijab dan qabul yang menghalalkan mereka melakukan persetubuhan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Dengan adanya ikatan hubungan yang halal serta dengan cara yang bermaruah ini, darinya manusia mampu untuk melahirkan zuriat dengan jalan yang suci serta disukai oleh Allah s.w.t.. Firman Allh s.w.t. di dalam surrah An-Nisaa’ : ayat 1)

[1]Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisaa':1)

Islam telah menggariskan bahawa sesebuah perkahwinan bukanlah semata-mata dilakukan sebagai tempat untuk memuaskan nafsu syahwat sahaja. Akan tetapi terselit dalam sebuat ikatan perkahwinan itu, suatu tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikul oleh kedua-dua belah pihak bukan hanya menuanaikan hak-hak terhadap pasangan masing-masing malah hendaklah memelihara hak-hak dalam menjaga tali persaudaraan sesebuah keluarga samada keluarga pihak suami atau atau keluarga isteri sebagaimana yang telah Allah s.w.t. gariskan dalam ayat 1 Surah An-Nisaa’ di atas.

Sudah menjadi fitrah manusia mahukan teman hidup untuk sama-sama merasa dicintai serta disayangi. Dengan adanya perkongsian hidup ini ianya dapat menenangkan jiwa, serta dapat berkongsi saat suka dan duka. Sesuai dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah Ar-Ruum ayat 21 :

[21]Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(ar-Ruum:21)

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku."(ikim)

-->
Kemudian dikatakan pula bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain. "Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "Dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya."(ikim)

Ringkasnya dalam sesebuah ikatan perkahwinan, di dalamnya adanya hak-hak yang perlu ditunaikan iaitu hak Allah s.w.t., hak suami isteri dan hak keluarga kedua-dua belah pihak.


Azwan Anuara
azwananuara@yahoo.com

No comments: