Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Friday, February 24, 2012

Walimatul 'Urus

Pengertian

Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)

Tujuan

  • Untuk mengumumkan pernikahan.
  •   Untuk menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin.
  •  Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.
  • Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.

 Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
  (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

No comments: