Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Friday, February 24, 2012

Walimatul 'Urus : Hukum Mengadakannya & Menghadirinya

Hukum Mengadakannya
  • Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut).

Hukum Menghadirinya

Menghadiri jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib dengan beberapa syarat seperti berikut :

1.  Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

2.  Di dalam majlis tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

3.  Di dalam majlis itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi, joget dan yang seumpama dengannya.

4. Tiada bercampur gaul di dalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

5.  Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

6.  Berasa syak akan sumber wang perbelanjaan itu dari jalan yang haram.

7. Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.

8.  Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

No comments: