Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Haid, Nifas, Istihadhah dan Wiladah


1.      Haid
  • Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila ia keluar.
  • Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari 9 tahun ke atas.
  • Tempoh lama masa keluar darah haid itu sekurang-kurangnya sehari semalam dan selanjut-lanjut masanya selama 15 hari siang dan malam, kebanyakannya iaitu masa yang biasa keluar selama 6 atau 7 hari.
  •  Suci diantaranya sekurang - kurangnya suci di antara satu haid ke satu haid itu 15 hari, biasanya 24 hari.
  • Ada juga perempuan tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telah putus daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga.
 
 2.      Nifas 
  •  Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak atau darah yang keluar setelah lahir anak itu.
  • Tempohnya sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip mata iaitu sedikit sangat dan biasanya 40 hari dan selanjut-lanjut masanya 60 hari.

3.   Istihadhah
  • Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan nifas. Seperti darah haid yang keluar lebih daripada 15 hari 15 malam atau darah yang keluar dahulu dari melahirkan anak dan yang keluar di atas 60 hari dan ini harus di namakan darah penyakit.

4.   Hamil / Wiladah
  • Sekurang-kurangnya masa mengandung itu 6 bulan dan biasanya 9 bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga 3 tahun.
  • Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan itu bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi hanya memadai ia berbasuh.

No comments: