Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Bersuci / Thoharah; Kelebihannya, Alat-Alatnya dan Cara-caranya

 Toharah / Bersuci
  
“Bersuci itu kunci ibadah.”

Bahasa : Suci dan bersih.

Istilah Syara’ : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

Bersuci ialah anak kunci dan syarat sah salat.

Hukum toharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

Tujuan toharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

Hikmah disuruh melakukan toharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .


Kelebihan Bersuci

  • Menjadikan badan sihat.
  • Menguatkan rohani & jasmani.
  • Jauh dari penyakit & syaitan.
  • Dapat tunai ibadah dengan       sempurna.
  • Dapat redha Allah dan   ganjaran pahala.

Pembahagian Najis dan Cara Menyucikannya

·        Ringan (Mukhaffafah)
      Lap dan renjiskan.

·        Sederhana (Mutawassitah)
      Basuh hingga hilang bau, rasa dan warna.

·        Berat (Mughallazah)
      Basuh 1 kali air tanah, 6 kali air biasa.


Alat-Alat Bersuci

·        Air mutlak.
·        Debu tanah.
·        Benda yang kesat


Jenis-Jenis Air

1.      Mutlaq
  •  Air yang suci lagi menyucikan yang kekal dengan sifat asal kejadiannya.
  • Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut.


2.      Musyammas
  •  Iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
  • Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
  • Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuh badan menyebabkan penyakit sopak, kusta dan sebagainya.
Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak."                                          (Riwayat Baihaqi)


3.      Musta’mal
  • Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.

·        Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.

·        Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'mal.


4.      Mutannajis

a)  Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

b)  Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.

Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu menyatakan jumlah ini sebagai 270 liter.


Jenis-Jenis Bersuci

1. Istinjak
2. Wudhuk
3. Tayammum 
4. Mandi

No comments: