Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Thursday, February 23, 2012

Sighah

  • Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.
  • Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.
  • Sighah Qabul Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang. 


  • Syarat lafaz ijab;
  1. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya 
  2. Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
  3.  Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran
  4.  Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi
  5.  Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul
  6.  Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan

  • Syarat lafaz qabul;
  1. Tidak menyalahi ijab
  2.  Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
  3.  Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya
  4.  Dalam satu majlis
  5.  Ucapan kabul selepas ijab
  6.  Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama
  7.  Bahasa yang jelas dan mudah difahami
  8.  Tidak dengan lafaz taklik

No comments: