Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, February 22, 2012

Hukum, Tujuan & Hikmah Perkahwinan


Hukum Berkahwin

1.   Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.

2.   Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.

3.   Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.

4.   Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.


Tujuan Perkahwinan

Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak.


Hikmah Perkahwinan

1.      Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur         dan membangunkan rumahtangga dengan janji- janji setia (akad nikah) sehidup semati.

2.      Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.

3.      Dapat merapatkan hubungan 2 buah keluarga.

4.      Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.

5.   Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah       yang luas ini.
           
6.   Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.

7.  Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.

8.      Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.

9.      Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.

10. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.

No comments: