Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Thursday, February 23, 2012

Faktor Pemilihan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
 
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w., faktor pemilihan seseorang sebagai isteri mahupun suami seperti berikut :

  • Berharta
  • Berketurunan baik
  • Cantik
  • Beragama
Akan tetapi jika seseorang mengutamakan faktor taat beragama sebagai faktor pemilihan yang terpenting, maka itu adalah jalan yang paling baik.

Dalam memilih pasangan hidup, terdapat 3 golongan mereka yang haram dikahwini. Ini sangat perlu kita ketahui. Mereka ialah :
  • Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :
1.  Faktor keturunan. Contoh :
1.1  Ibu, nenek dan ke atas
1.2  Anak, cucu, cicit dan ke bawah
1.3  Adik beradik perempuan seibu sebapa
1.4  Adik beradik perempuan seibu
1.5  Adik beradik perempuan sebapa
1.7  Emak saudara sebelah bapa
1.8  Emak saudara sebelah ibu
1.9  Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah
1.10 Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah

2.  Faktor penyusuan. Contoh :
2.1  Ibu susuan
2.2  Adik beradik ibu susuan
2.3  Adik beradik susuan
2.4  Anak saudara ibu susuan
2.5  Ibu mentua susuan

3.  Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :
3.1  Ibu mentua dan ke atas
3.2  Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak
3.3  Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi)
3.4  Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah disetubuhi atau tidak

  • Haram buat sementara waktu
1.  Perempuan yang ditalak tiga
2.  Isteri orang
3.  Perempuan yang masih dalam idah
4.  Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan
5.  Perempuan yang tidak beragama samawi
6.  Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak saudaranya dalam satu masa
7.  Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang memiliki 4 orang isteri.

No comments: