Selamat datang ke blog My Pustaka Islam.

Mulakan pencarian anda dengan klik butang menu yang ada di atas atau di tepi.

Maklumat di blog ini adalah untuk kegunaan semua. Semoga bermanfaat.

Sunday, February 14, 2010

Kesilapan Yang Sering Berlaku Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah merupakan rukun yang keempat di dalam solat. Membaca Al-Fatihah dengan betul merupakan suatu kefardhuan iaitu Fardhu Ain kepada semua yang bergelar muslim dan muslimat dalam mengerjakan solat. Ini kerana terdapat dua jenis kesalahan dalam membaca Al-Quran iaitu Kesalahan Nyata (Al-Lahnul Jali) adalah seperti menukar sebutan sesuatu huruf dengan sebutan huruf yang lain, menukar baris, menambahkan huruf pada bacaan ataupun menukarkan kalimah dengan kalimah yang lain. Kategori kesalahan ini jika berlaku dalam bacaan Al-Fatihah di dalam solat maka menyebabkan solatnya terbatal atau tidak sah.

Manakala jenis kesalahan yang kedua iaitu Kesalahan Tersembunyi (Al-Lahnul Khafi) adalah seperti tidak memanjangkan sesuatu harakat dengan kadar yang betul contohnya kalimah
-->الضَّالِّينَ iaitu Mad Lazim Kalimi Muthaqqal yang sepatutnya dibaca dengan kadar 6 harakat akan tetapi dibaca dengan kadar yang tidak mencukupi. Maka kategori kesalahan ini jika berlaku boleh mencacatkan solatnya akan tetapi tidak membatalkannya.

Oleh yang demikian di sini saya senaraikan beberapa kesilapan yang sering terjadi dalam bacaan Al-Fatihah untuk kita teliti bersama agar kita dapat menghindarinya dari berlaku dalam bacaan kita sewaktu membaca Surah Al-Fatihah khususnya di dalam solat kita.

1. Hufuf Ba -->(ب) dalam lafaz Bismillah tidak dijelaskan sebutannya sehingga kedengaran dilafazkan seperti 'ismillah'.

2. Huruf Ha Maftuhah -->(ح) pada kalimah -->الْحَمْدُ dilafaz dengan huruf Ha Murbuthoh -->ه) (

3. Huruf Ro' -->(ر) pada kalimah -->الرحمن dan -->الرحيم dibaca dengan nipis dengan bunyi Ra.

4. Kalimah -->ملك dibaca dengan bersabdu -->((ملكِّ menjadikan sebutannya seperti 'Ma likki'.
--> -->
5. Bacaan pada kalimah -->إِيَّاكَ 'iyyaaka' dibaca tanpa sabdu menjadikan bunyinya seperti 'iyaaka'.

6. Huruf -->(ص) pada ayat -->اهدِنَــــا الصِّرطَ المُستَقِيمَ dan -->صِرَطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ dibaca dengaan bunyi huruf -->(س) .

7. Huruf -->(ق) pada kalimah -->المُستَقِيمَ pada ayat -->اهدِنَــــا الصِّرطَ المُستَقِيمَ tidak ditebalkan 'qim' dan dibunyikan seperti huruf -->(ك) 'kim'.

8. Huruf -->) ذ ( pada kalimah -->صِرَطَ الَّذِينَ dibunyikan dengan huruf -->(ز) .

9. Huruf -->(ت) pada kalimah -->أَنعَمتَ عَلَيهِمْ dilafazkan seperti 'tak'.

10. Huruf -->(غ) pada kalimah -->غَيرِ المَغضُوبِ dibaca dengan huruf --> . -->(ر)

11. Huruf -->(ض) pada kalimah -->غَيرِ المَغضُوبِ dibaca dengan huruf --> -->(د)

12. Kalimah -->الضَّالِّينَ tidak dipanjangkan dengan kadar 6 harakat.

Mudah-mudahan dengan adanya sedikit panduan ini bacaan Al-Fatihah kita dapat diperelokkan. Kita juga perlulah sentiasa menyemak bacaan kita dengan mereka yang dikira fasih dalam bacaan Al-Quran seperti para Guru Al-Quran, para Qari, atau para ustaz bagi mengelakkan kita melakukan kesilapan dalam bacaan kita tanpa kita sedari.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud 'Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula kepada yang lain.'

Azwan Anuara
azwananuara@yahoo.com
-->
-->

No comments: